REL-DX adalah satu aplikasi desktop yang dibangunkan untuk kegunaan pegawai pengecualian . REL-DX mula digunapakai di Import/Eksport Sibu pada tahun 2019 .Pada mulanya pegawai pengecualian merekod data pengecualian secara manual didalam buku dan merujuk salinan borang kastam untuk pelaporan dan keadaan berubah setelah REL-DX dicipta.Rel-DX membantu pegawai pengecualian dalam urusan kerja harian dan laporan . Dengan bantuan REL-DX pegawai mampu melakukan tugas pada tahap yang baik.
Skop data pengecualian yang diproses oleh pegawai pegecualian Import/Eksport Sibu adalah dibawah Akta Kastam 1967 , Perintah Duti Kastam 2017 dan Perintah Cukai Jualan (Orang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018. Dengan REL-DX data-data pengecualian ini dapat dijana dengan mudah dan tepat .
REL-DX dibangunkan oleh pegawai Import/Import Sibu , Encik Cosmas moses Boniface. Menurut beliau aplikasi ini dibangunkan dengan mengunakan pengatur cara VB.NET , VS 2019, SQL dan lain-lain .
Sepanjang pengunaan REL-DX , didapati maklum balas adalah positif daripada pelbagai pihak . Kami percaya dengan keupayaan kumpulan S.C.T team yang sedia ada mampu menghasilkan produk yang bermutu untuk kebaikan pegawai JKDM .




No comments:
Post a Comment